Pengenalan

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK) adalah PUSAT KEBAJIKAN Dan PENDIDIKAN yang menaungi anak-anak yatim, anak fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan golongan yang layak menerima zakat (asnaf zakat). Selain 140 orang di asrama, anak-anak yatim dan anak-anak asnaf yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan oleh RALK. Sehingga kini jumlah yang berdaftar adalah seramai lebih 300 orang di mana mereka sering menyertai aktiviti RALK.

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH ini memulakan operasi pada Januari 2007, di atas tanah milik persendirian dengan beberapa bangunan rumah lama yang diubah suai menjadi asrama dan kelas pengajian. Hasil sumbangan semua pihak, RALK dapat membeli beberapa lot tanah berhampiran dengan harapan dapat membangunkan sebuah kompleks kebajikan dan pendidikan yang agak sempurna.

Dengan Bangunan sekolah, asramah dan rumah staf yang agak lengkap, sebuah institusi pendidikan atas nama Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 2017. Ianya beroperasi sepenuhnya dengan mengguna pakai Kurikulum Pendidikan Agama dan Bahasa Arab Bahagian Pendidikan JAIS.

Pihak Lembaga Pemegang Amanah RALK sedang berusaha meningkatkan kemudahan, kelengkapan serta prasarana yang sesuai agar dapat memberikan yang terbaik untuk semua penghuni RALK. Justeru kami amat menghargai keperihatinan semua pihak dalam menjayakan hasrat suci ini. Semoga Allah SWT menggerakkan lebih ramai golongan yang berkemampuan untuk sama-sama membahu dalam membela dan membantu proses mendidik anak-anak ini.